Wednesday 28 September 2011

Redha Dengan Qada & Qadar

Redha Dengan Qada & Qadar


by Zulkifli Juki on Wednesday, 28 September 2011 at 16:10


Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah dpt jgk menyiapkan kisah hidup yg selalu terjadi pada kehidupan manusia.Untuk kali ini kita menyentuh ttg rukun iman yg ke-6 iaitu beriman kpd Qada Qadar Allah.

Seringkali kita mengeluh kerana apa yg kita inginkan bukan semua akan dpt kita perolehi.Walaupun kita berusaha bersungguh-sungguh utk m'dptkn sesuatu yg kita hajati,namun tanpa izin Allah kita takkan dpt memilikinya..Oleh itu terjadi perasaan tidak puas hati yg menyelubungi hati kita..Masa inilah syaitan membisikkan kpd hati kita prasangka buruk terhadap Allah kerana tidak memberi apa yg kita inginkan.Nauzubillah Min Zalik.Perasaan itu kadang-kadang melanda diri sy sendiri..Ya Allah,ampunilah dosa hambaMU ini yg tidak redha dgn ketentuanMU..HambaMU mohon padaMU Ya Rabb berikan kekuatan buat diriku untuk menerima qada & qadar dariMU..

Sahabat-sahabatku,andai ini yg berlaku pd diri kalian,percayalah ada hikmah disebalik kejadianNYA.Marilah kita sama-sama belajar menerima qada & qadar Allah.Ikhlaskan hati kita untuk menerima qada & qadar dari Allah..Ya Allah,tingkatkanlah iman hambaMU ini dalam mencari keredhaan & hidayahMU.


KITA BERTANYA PADA DIRI KITA KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Sahabatku,Allah s.w.t telah menjawab untuk pertanyaan kita ini dalam Kitab Suci Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 216..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Jawapan ini cukup untuk menjawab persoalan yg selalu menyelubungi kita bila kita tidak dpt apa yg kita inginkn.

BILA DATANG MUSIBAH PADA KITA,KITA BERTANYA PULA KENAPA AKU DIUJI?

Sahabatku,kita dijadikan oleh Allah dimuka bumi ini adalah semata-mata untuk m'abdikan diri kepadaNYA...Ujian itu Allah berikan buat kita adalah kerana untuk menguji kita samada kita benar2 beriman kepadaNYA..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Ingatlah dengan ujian ini dpt menentukan tahap keimanan kita terhadap Allah s.w.t..Cuba kita lihat dalam diri kita,adakah kita tergolong dalam orang2 yg beriman? Jika keimanan kita kepada Allah masih jauh jika dibandingkan nikmat yg Allah berikan pd kita,marilah kita sama2 muhasabah diri & berazam untuk meningkatkan lagi keimanan kita.Lihatlah tahap keimanan para sahabat Rasulullah s.a.w..Mereka sanggup berkorban harta bahkan nyawa mereka demi menegakkan agama Allah..Allahuakhbar,betapa tingginya tahap keimanan para sahabat Rasulullah s.a.w..

Sahabatku,jgn jadikan alasan kerana mereka adalah sahabat Rasulullah yg ditarbiah sendiri oleh Rasulullah s.a.w sbg alasan kenapa iman kita terlalu rapuh kpdNYA..Mereka adalah manusia sepeti kita semua..Yang membezakan kita dgn mereka adalah amalan.Para pejuang islam ini sggup meninggalkan kekayaan & cinta mereka kpd dunia kerana mereka sedar bahawa dunia ini tmpt persinggahan sementara..Mereka mengejar kesenangan akhirat yg dijanjikan Allah tmpt yg abadi.Subhanallah


KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Dan ingatlah wahai sahabatku,Allah hanya menguji kita dgn ujian yg sesuai dgn diri kita..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"-Surah Al-Baqarah ayat 286

Sahabatku,ujian yg Allah berikan kpd kita adalah untuk meningkatkan darjat kita disisiNYA..makin tggi iman kita terhadap Allah,makin berat dugaan yg Allah berikan.Lihatlah pada pejuang yg memperjuangkan agama Allah,betapa hebatnya ujian yg Allah berikan kpd mereka..

"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


Sahabatku,adakah kita akan ingat pada Allah ketika kita senang?Tentu sahabat-sahabat ada jwpnnya..tp bila kita di uji,baru kita akan ingat akan Allah..Allah berikan ujian pada kita supaya kita sentiasa mengingatiNYA.

"
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45


Oleh itu marilah sama-sama kita belajar untuk menerima qada & qadar Allah dgn hati yg ikhlas agar kita tergolong dalam golongan orang yg beriman kpd Allah kerana janji Allah kepada orang yg beriman kepadaNYA adalah syurga..Allahuakhbar

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111

sahabatku,
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129

Wallahualam

Friday 2 September 2011

Erti Merdeka Yang Sebenar

Subhanallah..khutbah jumaat yg disampaikan oleh ustaz Syed Mohd Norhisyam sungguh memberi kesedaran tentang erti merdeka yg sebenar.Alhamdulillah diberi ilham dari Allah s.w.t untuk berkongsi pemikiran dengan sahabat2 setelah mendengar isi khutbah yang disampaikan ustaz tadi..

Kita sebenarnya masih belum merdeka kerana pemikiran kita masih dijajah oleh budaya barat..Undang2 yg digunapakai skrg menunjukkan kita masih dijajah oleh golongan kafir latnatullah.Undang2 islam yang diturunkan oleh Allah melalui Rasulullah s.a.w yg terkandung didlm Al-Quran ditolak oleh pemimpin yg islamnya hanya pada nama.Undang2 islam dikatakan tidak lagi boleh digunapakai sekarang kerana dikatakan kuno & zalim.


Hukum hudud & qisas yang terkandung dalam Al-Quran ditolak ketepi demi memastikan golongan yang bertuhankan kpd dunia ini dapat memuaskan hawa nafsu mereka. Walhal undang2 yang terkandung dalam Al-Quran adalah undang2 yg terbaik yg diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Rasulullah s.a.w untuk dijadikan panduan hidup..

Buktinya zaman Rasulullah s.a.w & zaman Khalifah2 yang menggunapakai undang2 islam dapat mendidik manusia kearah kebaikan & hampir sahaja tidak kedengaran jenayah & gejala social yang meruntuhkan akhlak masyarakat pada zaman tersebut..Lihatlah betapa undang2 islam yang dibawa Rasulullah s.a.w yg terkandung dalam Al-Quran itu dapat mendidik akhlak manusia & memberi suasana yang aman & damai.Subhanallah


Cara ustaz Syed Mohd Norhisyam menyampaikan khutbah dengan diselangi dengan kisah para sahabat Rasulullah s.a.w memberi kesan kepada ahli jemaah.Kisah pencuri yahudi yang mencuri baju besi amirul mukminin Saidina Ali Bin Abi Talib banyak member kesedaran tentang betapa indahnya undang islam itu..Kerana keadilan hakim yang mengadili yang hanya takut kepada Allah & bertindak adil walaupun melibatkan golongan pemerintah..Subhanallah.Cara hakim itu mengadili kes pencuri yahudi & amirul mukminin Saidina Ali membuka pintu hati pencuri yahudi itu memeluk agama islam..Bagaimana dengan bijak hakim tersebut mengadili perbicaraan dengan meminta Saidina Ali mengemukakan bukti.Saidina Ali hanya tersenyum kerana menyedari yang beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa pencuri itu..Hakim yang mengadili kes itu ternyata seorang yang adil dengan mengikut undang2 yang terkandung dalam Al-Quran.Walaupun pendakwa itu seorang amirul mukminin,tetapi kerana kekurangan bukti,kes tersebut digugurkan.Kerana keadilan system islam itu,akhirnya Berjaya menambat hati pencuri yahudi itu mengucap kalimah syahadah.Cara amirul mukminin menegur hakim kerana kesilapan panggilan terhadap Saidina Ali dengan memanggil amirul mukminin & bukan nama Saidina Ali mencerminkan sikap pemimpin islam yang sebenar...Walaupun Saidina Ali adalah amirul mukminin,tapi bila dibawa kemuka pengadilan,tiada lagi hak2 istimewa kerana apa yang dicari adalah keadilan..Undang2 islam tidak memandang kepada pangkat pendakwa/yang didakwa..tetapi keadilan yang diutamakan..

Kita lihat pula situasi sekarang.Betapa teruknya masyarakat kita sekarang..Jenayah & gejala social semakin berleluasa.Negara kita sudah menjadi tidak aman..Ini kerana undang2 yang dipakai adalah undang2 yang bertuhankan nafsu yang dicipta oleh manusia itu sendiri.Pencuri hanya dikenakan hukuman penjara sedangkan dalam islam hukuman bagi mencuri adalah dengan memotong pergelangan tangan..


Tapi pemimpin Negara hari ini memanggilnya kejam sedang hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada pencuri & masyarakat..Bagi penzina pula hukuman hanya denda..Ini menyebabkan keruntuhan akhlak yang semakin serius dalam masyarakat sekarang..Zina semakin berleluasa kerana mereka2 ini tidak takut akan hukuman yang dikenakan..Dengan hanya membayar denda.Ini menyebabkan tiada kesedaran dalam diri penzina & masyarakat kita..Walhal dalam Al-Quran telah ditetapkan hukuman bagi penzina..Jika undang2 islam digunapakai dalam negara kita.InsyaAllah jenayah & gejala social dapat dibendung..Akan timbul kesedaran dalam masyarakat bila melihat orang yang melakukan kesalahan dihukum mengikut undang2 islam..Pencuri akan kehilangan pergelangan tangan & ini akan memberi peringatan buatnya jika ingin mencuri lagi..Penzina akan disebat bagi yang belum kahwin & direjam bagi yang sudah berkahwin..Dan undang2 islam yang lain yang tidak sempat untuk saya bicarakan..Pasti jika masyarakat yang melihat pelaksanaan undang2 ini akan timbul kesedaran & memberi peringatan jika meraka mempunyai niat untuk melakukan kesalahan pasti akan berfikir 2 kali kerana terbayang akan hukuman yang bakal diterima.

Para sahabat yang disayangi,marilah kita renung akan hikmah yang ada disebalik undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Pasti dunia ini akan lebih aman jika semua Negara mengamalkan undang2 islam..Pasti tiada lagi pencuri,penzina,pembunuh & penjenayah lain yang akan wujud jika islam itu benar2 ditegakkan dengan melakukan yang disuruh Allah & meninggalkan laranganNYA.Tapi masih ramai masyarakat kita tidak sedar kerana telah dilalaikan dengan harta,budaya,hiburan & cara hidup yang dibawa oleh golongan kafir latnatullah.kenapa masih memilih pemimpin yang terang-terangan menolak islam.Kamu semua akan dipertanggungjawab kelak diatas kesilapan memilih pemimpin yang betul. Dosa yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan ditanggung oleh rakyat.

  Namun jika kita tahu pemimpin tersebut melakukan mungkar tetapi kita memilihnya untuk menjadi pemimpin kita maka segala dosa dan maksiat yang dilakukan akan kita sama-sama mendapat “saham akhirat” (dosa/pahala) daripada apa yang dilakukannya.
  Berlainan pula jika semasa kita memilihnya dia adalah seorang yang baik tetapi setelah berkuasa maka dia telah membuat mungkar maka kita tidak akan mendapat “saham” dari dosa yang dilakukannya itu.
  Ada juga diantara “orang-orang agama” yang hanya mendiamkan diri diatas kemungkaran yang berlaku hanya kerana upahnya yang tidak seberapa sedangkan hukuman akhirat nanti jauh lebih siksa & azab.
  Sesiapa yang menyokong atau bersubahat didalam kemungkaran akan dihumban kedalam api neraka. (Waliyazubillah)
  Oleh yang demikian, pilihlah pemimpin yang betul yang bencikan kemungkaran.
  Bagi mereka yang pernah memberi undi kepada pemimpin yang mungkar bersegeralah bertaubat selagi ada waktu & perbetulkan kesilapan anda sebelum terlambat.
  Memberi sokongan kepada pemimpin yang mungkar sama dosanya menentang ajaran Rasulullah S.A.

Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 113.

“ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”.

Berdasarkan dalil di atas, siapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang zalim serta mempermainkan ayat-ayat Allah maka sesungguhnya dia adalah sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut walaupun hanya sekadar ahli biasa parti sahaja.

Buat pemimpin2 negara,sedarlah wahai pemimpin yang kamu semua akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak..Dimana hukum yang sepatutnya kamu laksanakan dan kenapa kamu menindas rakyat yang diamanahkan kepada kamu..Ingatlah yang kamu semua pasti akan kembali kepada Allah & akan dibangkitkan di akhirat kelak..

Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 4,

“ Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. ”

Golongan yang zalim akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengekalkan kuasa politiknya. Begitulah yang terjadi pada Firaun, sanggup membunuh anak-anak lelaki di zamannya kerana bimbang kuasa politiknya tergugat.

Pemerintah yang zalim seperti Firaun ini akan ada sepanjang zaman. Apabila mereka berkuasa, mereka akan gunakan kekuasaannya untuk membolot harta rakyat demi kepentingan peribadi mereka. Untuk itu mereka akan gunakan pelbagai tektik dan cara untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Mereka bimbang sekiranya mereka tumbang, maka segala penyelewengan mereka akan terbongkar.

Dalam Al-Quran Allah SWT menyebut perihal Firaun dan kuncu-kuncunya dihumban ke dalam api neraka,

“Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang dan pada hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): "Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras". (Surah Al-Ghafir ayat 46)

Firaun adalah lambang kepada golongan yang berkuasa yang zalim. Firaun melakukan kezaliman ini tidak bersendirian, mereka mempunyai cabinet terdiri dari Menteri dan juga para penasihat yang terdiri daripada ahli nujum yang sentiasa memberi idea. Raja yang zalim itu akan sentiasa wujud sepanjang zaman. Bukan sekadar Presiden, Perdana Menteri yang zalim sahaja yang akan dihumban oleh Allah Taalah dalam neraka, tetapi menteri kabinet, timbalan menteri dan pegawai-pegawai serta rakyat yang menyokong mereka turut dihumban ke dalam api neraka..

Mohon maaf andai ada kekurangan dari pihak saya kerana yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t & segala kelemahan itu datang dari diri saya..

Wallhualam