Thursday, 25 August 2011

JODOH?

 

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dengan izin Allah diberi ilham & kekuatan untuk menyiapkan realiti kehidupan bt tatapan kita semua..Moga2 memberi manfaat buat kita semua..

Ajal & jodoh telah ditetapkan sejak azali & ia adalah rahsia Allah s.w.t agar kita sentiasa bertaqwa kepadaNYA..Suatu hari nanti kita pasti akan dijemput menemui Pencipta kita..Tapi adakah kita sudah membawa bekalan yang secukupnya..Pasti kita semua di akhirat kelak ingin ke syurga Allah.Jika kita ingin ke syurga Allah,hendaklah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa..Moga2 kita semua termasuk di dalam golongan orang2 yang bertaqwa..InsyaAllah

Jodoh adalah ketentuan dari Allah. Betapa kerdilnya diri ini kerana seringkali melakukan kesalahan.Walhal agama islam telah mengajar kita cara untuk mendapatkan jodoh..Ya Allah,ampunilah segala dosa2 yang telah hamba-Mu ini lakukan..Bimbinglah daku ke jalan yang di redhaiMU.

Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan lelaki atau suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taQwa. Hati orang yang bertaQwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda : Seseorang itu tidak akan mencapai darjat iman yang sebenar, sehingga Allah dan RasulNya lebih dia cintai dari segala yang lain.


Allah menciptakan setiap sesuatu dengan ketentuan-ketentuannya layak dengan sifat Allah swt yang maha mengetahui samaada perkara itu telah ataupun akan terjadi. Allah swt berfirman :

Maksudnya : "Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." (al-Furqan : 2)

Termasuk ketentuan (takdir) tersebut ialah urusan jodoh setiap orang. Allah mengetahui dan menentukan sifulan adalah jodoh untuk sifulan. Semua perkara termasuk jodoh ini tidak tersembunyi dari pengetahuan Allah. Firman Allah swt :

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi dariNya sesuatupun samaada di bumi atau di langit." (Ali Imran : 5)

Namun persoalannya sekarang kita tidak mengetahui apakah takdir yang ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Siapakah jodoh kita dan seumpamanya. Semua perkara takdir ini tersimpan dalam pengetahuan Allah swt sahaja.

Dalam menempuh kehidupan, Allah swt dan Nabi saw telah mengajar kita dalam bentuk yang terbaik termasuk dalam menerima jodoh. Allah menjadikan setiap takdir itu bersama dengan sebab musababnya. Maka setiap muslim perlu berusaha memperolehi yang baik dengan menempuh sebab-musabab kepada kebaikan seperti yang diajarkan oleh Nabi saw.



Kita renungkan kisah cinta Saidina Ali & Siti Fatimah. Bagaimana Saidina Ali meminang puteri Rasulullah. Aku terkenangkan puterimu ya Rasulullah." Maka jawab Rasulullah dengan tersenyum lebar, “Ahlan wa sahlan”. Yakni Rasulullah menyambut dengan tangan terbuka kehadiran Ali sebagai Ahlul Bait dan pinangannya diterima. Perkataan "terkenang" itu sudah cukup membuktikan Saidina Ali sendiri teringat dan merindui (mungkin sekadar lintasan-lintasan perasaan) dan Rasulullah sangat peka dengan gelojak hati dua anak muda ini, yakni Fatimah dan Saidina Ali. Maka mereka dikahwinkan. Sedangkan sahabat nabi sendiri merasa erti rindu dan saling mengingati apatah lagi kita insan biasa. Lagipun, mampu kah kita menghalang rindu? Kuasa Allah kan yang memberi kurnia rindu itu? Siapa kita sebagai hamba untuk menghalang rasa itu terdetik di lubuk hati?

Teringat saya kata-kata daripada Saidatina Fatimah, di mana beliau pernah ada rasa cinta dan bercinta dengan seseorang sebelum berkahwin. Bila ditanya dengan siapa beliau pernah bercinta, beliau dengan tenang menjawab, Saidina Ali, yang juga suaminya sekarang. Perasaan itu diluahkan selepas beliau bijak mengawal perasaan cinta kudusnya itu, hinggalah Saidina Ali benar-benar menjadi suaminya yang sah. Nada murni menuluh sinar memandu diri, sesuci malakut mengalir dari relung jiwa yang penuh cahaya iman. Subhanalllah. Kalau sudah jodoh ditetapkan, pasti tiada orang lain, dengannya jua di satukan. Percayalah pada takdir ketentuanNya selepas sebuah usaha dihulurkan terlebih dahulu. insyaAllah, tdk rugi apa2 walaupun akhirnya ketentuanNya lain dengan kehendak kita, kerana takdirNya berbicara bahawa kita bisa peroleh sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita rasakan. Percayalah dengan janji Allah.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [QS:29:23]

Ayat di atas jelas memberitahu bahawa ini adalah satu janji daripada Allah, bahawa setiap manusia itu pasti akan diuji atas kata-katanya, atas kesaksiannya, sesuai dengan kesanggupannya. Allah. Setiap kata2 yang kita keluarkan, Allah bakal menguji kembali pada kita.. Dalam keghairahan mengejar perkahwinan yang disyariatkan, ramai yang terpedaya dgn dosa2 yg terkabur di sepanjang menuju ke gerbang perkahwinan. Semuanya menjadi halal dgn tiket mahu berkenal-kenalan dan mencari keserasian dgn pasangan. Tambahan pula bila ia seolah2 di ‘islamik’ kan. Memberi mesej kononnya mesej tazkirah, mesej bangun qiam dan seumpamanya. Di sini silapnya kita, kerana terlalu ghairah mencari cinta Ilahi katanya, tapi tanpa kita sedari, kita telah kotori cinta Ilahi itu dengan sedikit sebanyak cinta yang kita cuba taburkan pada manusia yang bukan di jalan yang benar. Cinta boleh, tapi seharusnya pada jalan yang benar. Rindu boleh, tapi pada jalan yang benar. Mujahadah lah. Cuba untuk mujahadah, hingga sampai masanya kita taburkan bunga-bunga cinta dan rindu itu pada yang berhak. Seperti petikan hadis ini,

Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak  mampu maka berpuasalah.” (HR Bukhari). 

Mungkin dalam kita ghairah dalam mengejar cinta manusia, kita lupa Allah tak cakap jangan berzina, tapi Allah kata jangan HAMPIRI Zina. Mungkin kita lupa, syaitan itu kreatif, bahawa dia tidak akan menggoda kita terus dengan dosa2 besar, tapi dia dimulakan dengan dosa2 kecil yang dipandang sepi, yang dipandang remeh. Apa2 pun, semuanya bermula dari hati. Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengiis karat jahiliyyah dalam hati. Kita bukan nabi, kita bukan maksum, sebab itu kita tak terlepas dari melakukan khilaf. Jika Allah dah tegur kita, cepat2 lah kita kembali pada Allah, kerana khuatiri itu teguran terakhir dari Allah

Jodoh?

Masih tidak yakin dengan janji Allah.?

Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada'  bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali qada' terbahagi kepada dua iaituqada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?


Lihatlah.
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."


 "Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. Adanya Iman.. apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah."

Jihad cinta buat-Mu ya Rabb. Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu. Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu.


Terasa semakin jauh walaupun cuba untuk mendekatinya.Ya ALLAH, andaikata memang dia bahagian rusukku yg hilang, dekatkanlah kami, satukanlah hati kami dalam naungan cinta mengucapkan janji suci di hadapan-Mu. Andaikan dia bukan jodohku, jauhkanlah dia dariku. Buanglah bayangannya menjauh hingga ke dada langit.

Mungkin ini jawapan dr-Mu bt hambaMU
Berikanlah petunjuk-Mu..
InsyaAllah Engkau pasti memberi yg terbaik buat hamba-MU..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)



Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tidaklah semestinya manusia juga cinta kepada kita.

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai dia yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,

Nescaya,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cinta & jiwanya kepada Allah juga...


Subhanallah! 
Begitulah indahnya cinta Hakiki,
Cinta yang membuahkan bahagia berpanjangan..
Keindahan & keharuman sepanjang jalan..

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh,
Yang ditetapkan olehMu untukku,

Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana cintaku kepadaMu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku yang juga bersandarkan hanya keranaMu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh,
Yang ditetapkan olehMu untukku,

Maka,
Berikanlah aku kekuatan padaku untuk pasrah,
Dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku..

Sesungguhnya Allah..
Ku harapkan cinta sesama insan ini,
Bersandarkan kepada tautan redha & kasihMu ya Tuhan...

Kerna apalah adanya pada cinta yang bertaut tanpa redhaMu.
Kaku, kosong, hambar & lesu seiring pudarnya rasa cinta palsu.
Cinta yang penuh beralasan..

Bahkan cinta yang bersatu kerana ada diriMu,
sebagai pengantaranya,
Itulah sebaik-baik pilihan,
Kerana Engkaulah sebaik-baik tempat bersandar,
Tempat memohon pertolongan,
Dalam meniti titian yang rapuh,
& penuh beronak duri ini.

Tanpa iman, takwa & mahabatullah,
Akan tersungkurlah cinta itu..
Sebelum sempat dipersembahkan kepadaMu..

Sesungguhnya ku harapkan cinta yang halal ini.
Semata-mata kerana ingin menyempurnakan keimanan & ketakwaan. 
Juga ku harapkan cinta yang berkah ini..
Untukku bawa dalam perjalanan menemuiMu wahai Tuhan..

Namun,
siapalah aku untuk menafsir ketentuan..
Sedangkan aku beriman padaMu,
& sangat yakin..
KetentuanMu adalah yang terbaik..




Izinkanlah aku ya Allah.. 
Untuk menjadi pencintaMu yang soleh/solehah... 
& memperolehi cintaMu.. 
& bertemuMu & rasulullah SAW..


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Cinta hakiki hanyalah pada Allah

pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi."

Ya Allah,ampunilah segala kekhilafan ku selama ini.Sesungguhnya aku telah jauh dr cintaMU. Ampunilah segala dosaku..Pimpinlah daku kembali ke jalanMu,mencari cinta yang diredhaiMU. Aku hanya hambaMU yang lemah lagi dhaif.Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..amin
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t & segala kelemahan itu adalah dari diri saya sendiri.Moga2 kita semua sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah s.w.t & mendapat hidayah dariNYA..amin..InsyaAllah..

Wallahualam