Subhanallah..khutbah jumaat yg disampaikan oleh ustaz Syed Mohd Norhisyam sungguh memberi kesedaran tentang erti merdeka yg sebenar.Alhamdulillah diberi ilham dari Allah s.w.t untuk berkongsi pemikiran dengan sahabat2 setelah mendengar isi khutbah yang disampaikan ustaz tadi..
Kita sebenarnya masih belum merdeka kerana pemikiran kita masih dijajah oleh budaya barat..Undang2 yg digunapakai skrg menunjukkan kita masih dijajah oleh golongan kafir latnatullah.Undang2 islam yang diturunkan oleh Allah melalui Rasulullah s.a.w yg terkandung didlm Al-Quran ditolak oleh pemimpin yg islamnya hanya pada nama.Undang2 islam dikatakan tidak lagi boleh digunapakai sekarang kerana dikatakan kuno & zalim.
Hukum hudud & qisas yang terkandung dalam Al-Quran ditolak ketepi demi memastikan golongan yang bertuhankan kpd dunia ini dapat memuaskan hawa nafsu mereka. Walhal undang2 yang terkandung dalam Al-Quran adalah undang2 yg terbaik yg diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Rasulullah s.a.w untuk dijadikan panduan hidup..
Buktinya zaman Rasulullah s.a.w & zaman Khalifah2 yang menggunapakai undang2 islam dapat mendidik manusia kearah kebaikan & hampir sahaja tidak kedengaran jenayah & gejala social yang meruntuhkan akhlak masyarakat pada zaman tersebut..Lihatlah betapa undang2 islam yang dibawa Rasulullah s.a.w yg terkandung dalam Al-Quran itu dapat mendidik akhlak manusia & memberi suasana yang aman & damai.Subhanallah
Cara ustaz Syed Mohd Norhisyam menyampaikan khutbah dengan diselangi dengan kisah para sahabat Rasulullah s.a.w memberi kesan kepada ahli jemaah.Kisah pencuri yahudi yang mencuri baju besi amirul mukminin Saidina Ali Bin Abi Talib banyak member kesedaran tentang betapa indahnya undang islam itu..Kerana keadilan hakim yang mengadili yang hanya takut kepada Allah & bertindak adil walaupun melibatkan golongan pemerintah..Subhanallah.Cara hakim itu mengadili kes pencuri yahudi & amirul mukminin Saidina Ali membuka pintu hati pencuri yahudi itu memeluk agama islam..Bagaimana dengan bijak hakim tersebut mengadili perbicaraan dengan meminta Saidina Ali mengemukakan bukti.Saidina Ali hanya tersenyum kerana menyedari yang beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa pencuri itu..Hakim yang mengadili kes itu ternyata seorang yang adil dengan mengikut undang2 yang terkandung dalam Al-Quran.Walaupun pendakwa itu seorang amirul mukminin,tetapi kerana kekurangan bukti,kes tersebut digugurkan.Kerana keadilan system islam itu,akhirnya Berjaya menambat hati pencuri yahudi itu mengucap kalimah syahadah.Cara amirul mukminin menegur hakim kerana kesilapan panggilan terhadap Saidina Ali dengan memanggil amirul mukminin & bukan nama Saidina Ali mencerminkan sikap pemimpin islam yang sebenar...Walaupun Saidina Ali adalah amirul mukminin,tapi bila dibawa kemuka pengadilan,tiada lagi hak2 istimewa kerana apa yang dicari adalah keadilan..Undang2 islam tidak memandang kepada pangkat pendakwa/yang didakwa..tetapi keadilan yang diutamakan..
Kita lihat pula situasi sekarang.Betapa teruknya masyarakat kita sekarang..Jenayah & gejala social semakin berleluasa.Negara kita sudah menjadi tidak aman..Ini kerana undang2 yang dipakai adalah undang2 yang bertuhankan nafsu yang dicipta oleh manusia itu sendiri.Pencuri hanya dikenakan hukuman penjara sedangkan dalam islam hukuman bagi mencuri adalah dengan memotong pergelangan tangan..
Tapi pemimpin Negara hari ini memanggilnya kejam sedang hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada pencuri & masyarakat..Bagi penzina pula hukuman hanya denda..Ini menyebabkan keruntuhan akhlak yang semakin serius dalam masyarakat sekarang..Zina semakin berleluasa kerana mereka2 ini tidak takut akan hukuman yang dikenakan..Dengan hanya membayar denda.Ini menyebabkan tiada kesedaran dalam diri penzina & masyarakat kita..Walhal dalam Al-Quran telah ditetapkan hukuman bagi penzina..Jika undang2 islam digunapakai dalam negara kita.InsyaAllah jenayah & gejala social dapat dibendung..Akan timbul kesedaran dalam masyarakat bila melihat orang yang melakukan kesalahan dihukum mengikut undang2 islam..Pencuri akan kehilangan pergelangan tangan & ini akan memberi peringatan buatnya jika ingin mencuri lagi..Penzina akan disebat bagi yang belum kahwin & direjam bagi yang sudah berkahwin..Dan undang2 islam yang lain yang tidak sempat untuk saya bicarakan..Pasti jika masyarakat yang melihat pelaksanaan undang2 ini akan timbul kesedaran & memberi peringatan jika meraka mempunyai niat untuk melakukan kesalahan pasti akan berfikir 2 kali kerana terbayang akan hukuman yang bakal diterima.
Para sahabat yang disayangi,marilah kita renung akan hikmah yang ada disebalik undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Pasti dunia ini akan lebih aman jika semua Negara mengamalkan undang2 islam..Pasti tiada lagi pencuri,penzina,pembunuh & penjenayah lain yang akan wujud jika islam itu benar2 ditegakkan dengan melakukan yang disuruh Allah & meninggalkan laranganNYA.Tapi masih ramai masyarakat kita tidak sedar kerana telah dilalaikan dengan harta,budaya,hiburan & cara hidup yang dibawa oleh golongan kafir latnatullah.kenapa masih memilih pemimpin yang terang-terangan menolak islam.Kamu semua akan dipertanggungjawab kelak diatas kesilapan memilih pemimpin yang betul. Dosa yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan ditanggung oleh rakyat.
Namun jika kita tahu pemimpin tersebut melakukan mungkar tetapi kita memilihnya untuk menjadi pemimpin kita maka segala dosa dan maksiat yang dilakukan akan kita sama-sama mendapat “saham akhirat” (dosa/pahala) daripada apa yang dilakukannya.
Berlainan pula jika semasa kita memilihnya dia adalah seorang yang baik tetapi setelah berkuasa maka dia telah membuat mungkar maka kita tidak akan mendapat “saham” dari dosa yang dilakukannya itu.
Ada juga diantara “orang-orang agama” yang hanya mendiamkan diri diatas kemungkaran yang berlaku hanya kerana upahnya yang tidak seberapa sedangkan hukuman akhirat nanti jauh lebih siksa & azab.
Sesiapa yang menyokong atau bersubahat didalam kemungkaran akan dihumban kedalam api neraka. (Waliyazubillah)
Oleh yang demikian, pilihlah pemimpin yang betul yang bencikan kemungkaran.
Bagi mereka yang pernah memberi undi kepada pemimpin yang mungkar bersegeralah bertaubat selagi ada waktu & perbetulkan kesilapan anda sebelum terlambat.
Memberi sokongan kepada pemimpin yang mungkar sama dosanya menentang ajaran Rasulullah S.A.
Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 113.
“ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”.
Berdasarkan dalil di atas, siapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang zalim serta mempermainkan ayat-ayat Allah maka sesungguhnya dia adalah sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut walaupun hanya sekadar ahli biasa parti sahaja.
Buat pemimpin2 negara,sedarlah wahai pemimpin yang kamu semua akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak..Dimana hukum yang sepatutnya kamu laksanakan dan kenapa kamu menindas rakyat yang diamanahkan kepada kamu..Ingatlah yang kamu semua pasti akan kembali kepada Allah & akan dibangkitkan di akhirat kelak..
Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 4,
“ Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. ”
Golongan yang zalim akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengekalkan kuasa politiknya. Begitulah yang terjadi pada Firaun, sanggup membunuh anak-anak lelaki di zamannya kerana bimbang kuasa politiknya tergugat.
Pemerintah yang zalim seperti Firaun ini akan ada sepanjang zaman. Apabila mereka berkuasa, mereka akan gunakan kekuasaannya untuk membolot harta rakyat demi kepentingan peribadi mereka. Untuk itu mereka akan gunakan pelbagai tektik dan cara untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Mereka bimbang sekiranya mereka tumbang, maka segala penyelewengan mereka akan terbongkar.
Dalam Al-Quran Allah SWT menyebut perihal Firaun dan kuncu-kuncunya dihumban ke dalam api neraka,
“Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang dan pada hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): "Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras". (Surah Al-Ghafir ayat 46)
Firaun adalah lambang kepada golongan yang berkuasa yang zalim. Firaun melakukan kezaliman ini tidak bersendirian, mereka mempunyai cabinet terdiri dari Menteri dan juga para penasihat yang terdiri daripada ahli nujum yang sentiasa memberi idea. Raja yang zalim itu akan sentiasa wujud sepanjang zaman. Bukan sekadar Presiden, Perdana Menteri yang zalim sahaja yang akan dihumban oleh Allah Taalah dalam neraka, tetapi menteri kabinet, timbalan menteri dan pegawai-pegawai serta rakyat yang menyokong mereka turut dihumban ke dalam api neraka..
Mohon maaf andai ada kekurangan dari pihak saya kerana yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t & segala kelemahan itu datang dari diri saya..
Wallhualam
No comments:
Post a Comment