Saturday, 26 November 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?



by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Friday, 25 November 2011

Jagalah Solat

 
 
Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)



Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”



Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”



Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”



Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”



Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”



Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.



Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya

menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”



Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya ;



1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.



Wallahualam

Thursday, 24 November 2011

pesan rasulullah saw untuk para wanita



1. dari Aisyah r.a bahawa adiknya (asma) pernah menghadap rasulullah saw dengan pakaian yang nipis lalu rasulullah bersabda : apabila seorang wanita telah
baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya) kecuali ini dan itu.(rasulullah menunjukan pada muka dan tlapak tangan baginda) (HR Abu daud)

2.rasulullah saw bersabda:sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian tapi telanjang (mempertontonkan auratnya) yang condong kepada maksiat dan mendorong orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya.(HR Muslim)

3.rasulullah bersabda: tidak di benarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa di hadiri/ditemani muhrim. (HR Bukhori Muslim) rasulullah bersabda: tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya
syaitan. (HR Ahmad,Tirmidzi dan Hakim)

4.Setiap wanita mana saja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka tercium bau wanginya itu maka dia telah berzina. (HR Ahmad)

hargai dirimu sebagai wanita
"seindah-indahnya perhiasan dunia adalah WANITA SOLEHAH"

ULAMA : MENURUT NERACA AL QURAN DAN HADIS




“Ustaz, siapa yang dikatakan ulama itu? Berapa lama tempohnya nak jadi ulama? Adakah tempoh lama menjadi pendakwah menjadi syarat orang itu boleh diiktiraf menjadi ulama? Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya kepada saya sejak kebelakangan ini. Ramai sungguh yang bertanya saya persoalan begini. Jika jawapanya seperti pensyarah universiti pasti panjang berjela. Sebenarnya sudah banyak hal ini ditulis. Namun ramai yang tidak membacanya, mungkin kerana jemu, malas atau tiada masa. Maka saya jawab secara ringkas berdasarkan beberapa nas Al Quran dan Hadis yang sudah ribuan tahun dipelihara Allah Taala sumber-sumbernya.

Secara mudah, ulama adalah jama’ (plural) kepada perkataan ‘alim. ‘Alim pula yang berilmu. Bila disebutkan ‘alim dalam kefahaman kita, ia adalah yang berilmu agama. Kriteria seorang ulama yang hakiki terlalu banyak untuk disenaraikan. Antaranya :

[1] Bertaqwa. Hal ini disentuh berdasarkan firman Allah Taala :

“Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ULAMA“ [ Surah Al Fatir:28 ]

Saidina Anas R.A menambah,”Sesiapa yang tidak takutkan Allah bukanlah orang ‘alim”.

Oleh kerana itu, kriteria utamanya mestilah takutkan Allah. Kalau berani lawan hukum-hukum Allah, bersekongkol dengan golongan sekular, mendiamkan kemungkaran kerana takut dibayangi hukuman kerajaan, ilmuwan seperti ini walau ada Ph.D bertimbun pun tidak diiktiraf sebagai ulama.

Begitu juga kepada mana-mana ilmuwan yang memiliki berlembar-lembar ijazah, tetapi tidak beradab dengan para ulama, maka bukanlah juga dia orang yang ‘alim.

Salah satu tanda seseorang itu takut kepada Allah adalah dia mencintai para kekasih Allah dan tentu sekali menjaga lidahnya dari perkataan buruk, menghina atau mencela kepada mereka. Adakah wajar seorang yang berilmu mengheret nama-nama tokoh besar seperti Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi, Sheikh Abdul Qadir Jailani dengan kata-kata nista? Adakah selayaknya seorang yang berpengetahuan Islam itu mencaci ulama yang berbeza pendapat (khilaf) dengan cacian ‘ulama kepala lutut? Jika beginilah sikap ilmuwan, maka bukanlah dia seorang yang berhak dijadikan rujukan umat mahupun digelar seorang ‘alim.

[2] Berguru. Dalam sebuah hadis yang sahih :

“Ilmu itu diperoleh dengan cara ta’allum (dipelajari dari guru), kefahaman itu dengan cara tafaqquh (bertemu dengan guru menagih kefahaman darinya) dan sesiapa yang Allah mahu baginya kebaikan, maka Allah akan memberikan kepadanya kefaqihan (kefahaman) dalam hal ehwal agama”. [ Tarikh Dimashq Ibn Asakir ]

Syarat utama mahu menjadi ‘alim mesti belajar. Tempohnya? Tentu sekali panjang kerana ilmu kurniaan Allah itu tiada batasan.

Ilmu bukan hanya membaca buku sendiri. Bukan juga dengan cara google atau melihat sesawang blog sahaja. Ia juga bukan dengan hanya pandai menyusun bicara atau rajin mengarang tetapi mestilah dengan dipelajari secara disiplin dengan tertib dan adabnya dari guru yang belajar pula dengan gurunya sehinggalah kepada penghulu kepada semua guru-guru iaitu, Baginda Rasulullah S.A.W.

Hari ini ramai yang mampu berpidato dan menulis ilmu tentang agama. Kepesatannya diibaratkan Malaysia sudah ada 10 juta orang mufti kerana masing-masing hendak mengeluarkan fatwa. Malangnya, tidak pernah pula belajar dari sumbernya. Malah ada juga yang tidak menghormati golongan ulama yang sebenar.

Mereka yang merasakan diri sudah ‘alim hanya semata-mata dengan pembacaan di sana sini juga tidak sepatutnya dilabel ulama.

[3] Mewarisi hikmah kenabian (ilmu dakwah). Berdasarkan hadis sahih yang lain pula :

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi” [ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]

Apa yang ulama warisi? Tentu sekali ilmu. Apa yang patut ada pada mereka? Menyambung perjuangan, dakwah dan kepimpinan Para Nabi. Mereka yang berpeluk tubuh sahaja menunggu kemenangan bukanlah ulama.

Pewaris Nabi yang sebenar tentulah menyedari tanggungjawab ilmu yang mereka perolehi memikul tanggungjawab dakwah yang sangat berat.

Inilah yang disebutkan dalam hadis yang lain bahawa ilmu itu dihilangkan oleh Allah dengan cara mematikan para ulama. Ketika itu manusia akan mengangkat orang yang jahil sebagai pemimpin, sesat lagi menyesatkan. Hal ini bermakna, selagi ulama itu hidup kumpulan elit di sisi Allah ini perlu memimpin masyarakat, menyelamatkan mereka dari kesesatan yang selayaknya menjadi tugas sebagai waris Para Nabi.

Malangnya hari ini ada yang mengatakan ulama sepatutnya jauh dari politik dan permasalahan negara. Ulama perlu berceramah dari masjid ke masjid sahaja. Ulama hanya perlu menulis kitab atau memilki blog peribadi. Ulama duduklah di atas sajadah mendoakan kebahagian ummah. Urusan kepimpinan serahkan sahaja kepada yang lain. Pewaris Nabi jangan ganggu urusan pewaris Qaisar. Begitu?

Pemikiran begini sangat berbahaya. Nantikanlah kiamat bila semua manusia berfikiran begini, kerana waktu itu sama ada “mati”-nya jasad ulama ataupun hak dan peranan mereka cuba di-matikan.

Lupakah kita, kalah atau menangnya ulama rabbani itu mereka semua dipimpin atas petunjuk Allah.

“Jika apa yang engkau serukan kepada mereka sesuatu yang terbentang luas dan mudah diperolehi, destinasinya tidak begitu jauh, tidak sukar menuju matlamatnya. Nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu. Tetapi tempat yang hendak dituju (bagi redha Allah) itu jauh bagi mereka (sehingga ada yang terkandas)...” [ Surah At Taubah:42 ]

Ada disebut dalam hadis qudsi perihal kekasih Allah bahawa penglihatan, pedengaran dan pergerakan mereka semua itu dipandu oleh Allah. Itu semua adalah hasil berkat amalan mereka yang jujur ingin menggapai redha Allah.

Mana yang lebih baik, pergerakan yang dipandu oleh Allah atau mereka yang dijenterai politikus rakus dan pemikir genius?

Catatan Hujung :

1) Pendakwah tidak semestinya ‘alim. Ibarat penjual sesuatu produk tidak semestinya arif segala perkara yang dijualnya. Pendakwah ibarat yang mempromosikan produk Islam. Tetapi yang mengerti produk itu sendiri adalah seorang ‘alim. Ada juga yang mengerti produk, tetapi tidak tahu mempromosikannya. Maka ulama yang hebat lazimnya memiliki kedua-dua kemahiran ini.

2) Gulungan ijazah bukan isyarat seorang itu ‘alim atau tidak. Tetapi syarat nak jadi ‘alim mesti belajar. Zaman kita biasanya bila belajar di sebuah institusi, dapatlah gulungan ijazah. Begitupun tidak semua yang dapat gulungan ijazah itu benar-benar belajar. Fahamilah.

3) Ulama ada pelbagai peringkat. Dari sehebat seorang Mujtahid Mutlaq sehinggalah seorang mufti, sampai kepada seorang ‘alim biasa.

4) Sebuah hadis yang sahih menjelaskan kelebihan orang yang ‘alim itu akan didoakan keampunan baginya oleh seluruh makhluk yang berada di langit dan di bumi. Untung bukan? Siapalah kita.

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre

Sunday, 20 November 2011

Sabar


 
 
"Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah."(HR. Al-Baihaqi)

Orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka itu memperoleh ampunan dan pahala yang besar. (QS. Hud 11:11)

_MARI JADI ORANG SABAR, YANG SANGAT SABAR, PALING SABAR, KERANA KESABARAN HANYA AKAN SULIT BUAT YANG TIDAK MAHU BERUSAHA UNTUK SABAR_

Telah menceritakan kepada kami Waki' telah menceritakan kepada kami Sufyan dari 'Ashim bin Abu An Najud dari Mush'ab bin Sa'd dari Bapanya berkata; saya bertanya; "Wahai Rasulullah, siapa manusia yang paling berat cubaannya?" Baginda menjawab; "Para Nabi, lalu orang-orang soleh, kemudian orang yang paling mulia dan yang paling mulia dari manusia. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya (amal agamanya dalam taat kepada Allah), jika agamanya kuat maka akan ditambah ujiannya, dan jika agamanya lemah maka akan diringankan ujiannya. Tidaklah ujian itu berhenti pada seorang hamba sampai dia berjalan di muka bumi tanpa mempunyai dosa."(HR.Musnad ahmad : 1400)

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

Saturday, 19 November 2011

Mas Kahwin Paling Berkat

Mahar adalah harta atau manfaat yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.

Ini berasaskan kepada firman Allah yang bermaksud: "Berilah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan." - (An-Nisa: 4).

Rasulullah pernah meminta seorang sahabat yang ingin berkahwin supaya membayar mahar walaupun dengan sebentuk cincin besi dan tidak pernah berlaku dalam sebarang perkahwinan itu berlangsung tanpa membayar mahar, sama ada oleh Rasulullah atau sahabat.

Berasaskan ayat al-Quran dan hadis dan apa yang berlaku pada zaman Rasulullah inilah maka kalangan ulama atau fuqaha sudah ijmak bahawa mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami sebagai hak perempuan yang wajib ditunaikannya.

Mengenai kadar mahar, sebenarnya tidak ada kadar tertentu tetapi yang penting ia mestilah daripada sesuatu yang mempunyai nilai (kewangan) atau ada manfaatnya.

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah, seorang yang tidak mempunyai kewangan dan kemampuan tetapi apabila hendak berkahwin, Rasulullah bertanya: "Adakah engkau tahu membaca al-Quran?"

Orang itu mengaku bahawa dia tahu membaca surah tertentu di dalam al-Quran lalu Rasulullah berkata: "Ajarkan surah-surah itu kepada isterimu sebagai mahar."

Dalam konteks ini, bacaan surah daripada al-Quran itu, tidak merupakan barangan tetapi ia tetap menjadi manfaat yang boleh dikecapi oleh isterinya itu.

Mengenai persoalan kadar maksimum sesuatu mahar, Islam tidak menetapkannya kerana ia adalah hak wanita.

Dalam hal ini, terpulanglah kepada mereka untuk menetapkan sebanyak mana yang dikehendaki.

Bagaimanapun Rasulullah menggalakkan umat Islam supaya memberikan mahar yang sedikit, mudah dan sederhana.

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."

Pada hadis ini jelas Rasulullah menggalakkan umat Islam supaya tidak mengenakan mahar yang terlalu tinggi dan di sinilah duduknya keberkatan rumah tangga.
 

Thursday, 17 November 2011

Cinta

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…

” Wahai kaum pemuda,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah,maka menikahlah,sesungguhnya menikah itu memelihara mata,dan memelihara kemaluan,maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,berpuasalah kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadis)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)

Cukup cintai ia dalam diam…
bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia…tapi meraih syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kegusaran hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan menambahkan kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan
kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?


…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS.An Nuur:26)

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

Wednesday, 16 November 2011

Hukum bercinta sebelum nikah



‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan
satu soalan yang menarik,

"Adakah bercinta itu halal atau haram?"


Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:

"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."


Indah kan bila banyak kata-kata indah dan janji manis dipendamkan dan disimpan elok-elok untuk diluahkan kepada yang berhak yang sudah sah menjadi milikmu. :)


Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan untuk kali yang keseterusnya. Jadi, luah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta..

Wajib Orang Islam Menjalankan Hukum2 Allah Dan Rasul-Nya

Hadis riwayat Aisyah ra.:

Bahawa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah? Kemudian baginda berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya. (Shahih Muslim No.3196)

Wajib Orang Islam Menjalankan Hukum2 Allah Dan Rasul-Nya

Ertinya : “ Dan barangsiapa tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah , maka mereka itulah orang2 yang KAAFIR “ ~ ( al-Maa-idah : 44 )

Ertinya : “ Dan barangsiapa tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah , maka mereka itulah orang2 yang ZALIM “ ~ ( al-Maa-idah : 45 )

Ertinya : “ Dan barangsiapa tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah , maka mereka itulah orang2 yang FASIQ “ ~ ( al-Maa-idah : 47 )

Tiga ayat pertama menegaskan , bahwa orang yang tidak mengambil hukum2 Allah buat jadi undang2 di antara manusia di dunia dan dalam urusan akhirat itu , kafir , zalim dan faasiq .

Tiga gelaran itu boleh dibagi buat tiga keadaan :

( 1 ) ~ Dikatakan seorang penghukum itu kafir, apabila ia menganggap , bahwa hukum Allah itu tidak baik , atau ia anggap ada hukum yang lebih baik dari pada hukum Allah .

( 2 ) ~ Dikatakan seorang yang menghukum itu zalim , apabila ia menghukum dengan tidak tahu adanya hukum Allah di tentang itu , yang bererti ia meletakkan suatu hukum bukan pada tempatnya ; sedang mana zalim itu ialah seorang yang meletakkan sesuatu hukum pada bukan tempatnya, atau boleh juga dikata, bahawa yang menghukum dengan hukum yang tidak dari Allah itu , zalim : penganiaya , yakni menganiaya orang yang dihukumnya atau menganiya diri sendiri , kerana menyebabkan dirinya akan menerima balasan yang pedih dari Allah .

( 3 ) ~ Dikatakan seorang hakim itu fasiq : orang yang durhaka , apabila ia tau ada hukum Allah di tentang satu urusan , tetapi dengan salah satu sebab , dgn sengaja atau terpaksa , ia menghukum dengan undang2 yang tidak diwahyukan oleh Allah .

Ada juga ‘ulama’ berpendapat , bahwa yang menghukum dengan undang2 yang tidak diturunkan oleh Allah itu kafir , dan tiap2 kafir itu sudah tentu zalim dan fasiq . Jadi tiga gelaran itu kena atas orang yang tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah .

Walaupun dengan apa cara saja ditafsirkan dan diterangkan , tiga ayat itu memberi mana , bahwa manusia , terutama Muslimin , wajib menghukum manusia dengan undang2 yang diturunkan oleh Allah .

Orang yang tidak menghukum demikian derhaka kepada Allah .



Kalau dikatakan bahawa undang-undang Malaysia adalah undang-undang yang terbaik di dunia , maka mintalah dia kemukakan hujah-hujah tersebut secara ilmiah . Dan cubalah tanya kepada dia : “ Adakah ini bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang paling aman dan tenteram di dalam dunia ? “ .

Dan kalau dia tetap berkeras begitu , katakanlah kepada dia lagi : “ Ya , kalau terbaik sekalipun di dunia ini , maka itu bukanlah jaminan bahawa seseorang itu akan terlepas daripada seksaan neraka kelak . Kalau ada , sila nyatakan di ayat manakah , surah manakah yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala bahawa sesiapa sahaja yang mentaati undang-undang Negara Malaysia maka dia selamat kelak daripada siksaan neraka jahannam “ !!! .

Tanyakan lagi : “ Adakah sesiapa sahaja yang sudah dihukum di dunia ini dengan undang-undang Malaysia dia kelak akan selamat daripada dihukum di akhirat kelak ? “.

Dan jangan lupa katakan lagi pada dia : “ Usahlah masuklah dalam bakul lalu cuba mengangkat badan sendiri dan usahlah selalu memuji diri sendiri walhal orang sudah tahu kelemahan diri anda ! “ .


Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad