Renungan Hadis
Seorang A’rabiy (pedalaman) meminta wasiat kepada Nabi : Sabda Nabi “Bertaqwalah kepada Allah,jika ada orang yg mencela kekuranganmu,maka jgn kau balas dengan mencela kekurangannya. Maka dosanya ada padanya & pahalanya ada padamu. & janganlah kamu mencaci maki siapapun.Kata A’rabiy tadi:"Sejak itu saya tidak pernah lagi mencaci maki orang"(HR. Ahmad)
"Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebesar biji zarrah(sebesar atom/sangat kecil) dari sifat sombong" (HR Muslim)
“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” (Qs.Al Mu’min:76)
"Orang berilmu belum tentu berakhlak baik, dan orang barakhlak baik sudah pasti berilmu.
Kerana untuk berakhlak baik itu memerlukan ilmu.
Mari kita jadi orang yang berilmu dan berakhlak mulia."
"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, berangkat lebih awal (ke masjid), berjalan kaki dan tidak berkenderaan(bila mampu), mendekat kepada imam dan mendengarkan khutbahnya, dan tidak berbuat lagha (sia-sia), maka dari setiap langkah yang ditempuhnya dia akan mendapatkan pahala puasa dan qiyamulail setahun." (HR. Abu Dawud no. 1077, al-Nasai no. 1364 Ahmad no. 15585)
"Perbanyaklah kalian membaca Shalawat atasku pada hari Jumaat. Kerana sesungguhnya Selawat umatku itu diperlihatkan kepadaku setiap hari jumaat. Barangsiapa yang paling banyak selawatnya atasku, maka mereka paling dekat kedudukannya dariku pada hari kiamat." (HR.Ibnu Majah)
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibu bapamu.” (Qs.Luqman:14)
No comments:
Post a Comment